AKTIVITI PROSES PEMBELAJARAN SAINS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ATAS DI SUMATERA BARAT

Penulis

  • Erman Har

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aktiviti proses pembelajaran sains daripada pelajar sekolah menengah atas di Sumatera Barat-Indonesia. Metodologi pengambilan sample dengan cara rawak, seramai 324 orang telah dapat memberikan respon sebagai sampel kajian yang berasal  daripada empat zona dengan jumlah sampel ditentukan secara proporsional. Analisis data secara frekuensi, peratusan  dan inferensi ujian-t melalui perisian“Statistical Package of the Social Science for Windows” (SPSS versi 11.50). Dapatan kajian memamerkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan aktiviti proses pembelajaran sains daripada pelajar sekolah menengah atas di Sumatera Barat antara pelajar  lokasi sekolah didalam bandar dengan lokasi sekolah di pinggir bandar (t=-1.643. p=0.101), ujian –t (p=0.101> 0.05). Ujian-t tentang elemen aktiviti proses pembelajaran sains dalam bilik darjah daripada pelajar sekolah menengah, memamerkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar yang sekolahnya berlokasi didalam bandar dengan pelajar yang  sekolahnya berlokasi di pinggir bandar (t=-2.075, p=0.039<0.05). Elemen pembelajaran dalam bilik makmal sains daripada pelajar sekolah menengah atas, memamerkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar yang  sekolah berlokasi didalam bandar dengan pelajar yang  sekolahnya berlokasi di pinggir bandar (t=-2.274, p=0.024<0.05). Elemen literasi sains daripada pelajar sekolah menengah atas, memamerkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar yang  sekolahnya berlokasi didalam bandar dengan pelajar yang sekolahnya berlokasi di pinggir bandar (t=-2.586, p=0.010<0.05), Elemen mendapatkan bahan sokongan pembelajaran sains daripada pelajar sekolah menengah atas, memamerkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar yang sekolahnya berlokasi di dalam bandar dengan pelajar yang sekolahnya berlokasi di pinggir bandar (t=-698, p=0.486>0.05). Elemen Sokongan dan Bimbingan Guru dalam pembelajaran sains daripada pelajar sekolah menengah atas, memamerkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar yang sekolahnya berlokasi di dalam bandar dengan pelajar yang sekolahnya berlokasi di pinggir bandar (t=-2.654, p=0.008<0.05). Elemen Sokongan Ibu Bapa dan Kawan Sebaya dalam pembelajaran sains daripada pelajar sekolah menengah atas, memamerkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar yang sekolahnya berlokasi di dalam bandar dengan pelajar yang sekolahnya berlokasi di pinggir bandar (t=1.303, p=0.193>0.05). Elemen motivasi akademik dalam pembelajaran sains daripada pelajar sekolah menengah atas, memamerkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar yang sekolahnya berlokasi di dalam bandar dengan pelajar yang sekolahnya berlokasi di pinggir bandar (t=-1.049, p=0.295>0.05).

Kata Kunci: aktiviti pembelajaran sains

##submission.downloads##

Diterbitkan

2018-05-21