Sekolah Pentadbir Terhadap Konsep Sekolah Berkesan disekolah Menengah Cemerlang di Negeri Sembilan

Penulis

  • Erman Har

Abstrak

Sekolah berkesan ialah sekolah yang dapat memberi kesan dan pengaruh ke atas kecemerlangan sekolah. Pentadbir sekolah berkesan mampu merancang, melaksana serta memenuhi matlamat dan objektif dengan mengembleng sumber-sumber yang ada secara optima. Keberkesanan juga dilihat dari kemampuan pentadbir sekolah memahami dan dapat menyelesaikan masalah sebenar serta mengatasi kekangan yang ada di bawah kawalannya dalam ketetapan masa yang sesuai. Purkey dan Smith (1983) telah mengenalpasti ciri-ciri prosesnya seperti berikut; (i) adanya perancangan secara kolobaratif dan ada hubungan kesejawatan di kalangan kakitangannya, (ii) semangat kesepaduan dan kekeluargaan yang tinggi dan mantap di kalangan stafnya, (iii) matlamat sekolah jelas difahami dan dihayati oleh semua kakitangan, (iv) ada penghargaan yang tinggi terhadap setiap sumbangan kakitangan, dan (v) sekolah dalam keadaan tenteram dan teratur di mana guru dan murid-murid mempunyai disiplin yang tinggi.

          Konsep sekolah berkesan berasaskanciri-ciri sekolah berkesanharus difahami dan dapat diaplikasikan bagi memastikan kecemerlangan keseluruhan sekolah. Sekolah berkesan merupakan institusipendidikan yang membawanilai tambah dalammeningkatkan kecemerlangan pretasisekolah, guru danmurid.Sesebuah sekolah berkesanmemberi tumpuan kepadapengurusan, guru, murid dan komuniti. Justeru itu,salah satu daripadaisu-isu yang dibangkitkan dalampendidikan di Malaysiaialah isu sekolah berkesan.

          Menurut Abdul Shukor (2004), ramai pentadbir sekolah kurang jelas berkaitan dengan konsepsekolah berkesan, inimenyebabkan ramai pentadbir sekolah yang gagal dan menghadapi pelbagai kesukaran menguruskannya. Akibatnya, terdapat pentadbir sekolah yang secara ekstrem menguruskan sekolah mengikut cita rasa, pemikiran serta melaksanakan amal cara (rituals) tersendiri, sehingga menimbulkan pertelingkahan denganmasyarakat setempat dan pihak atasan Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru, pentadbir sekolah harus memahami, isu asas berkaitan dengan sekolah berkesan, konsep sekolah berkesan, tujuansekolah berkesan dansegala aspekberkaitan sekolah berkesan. Menyedari hakikat ini, satu kajian dijalankan bagi mendapatkan senario berkaitan dengan konsepsekolah berkesan dalamkalangan pentadbirsekolah di sekolahmenengah cemerlang terpilih di Negeri Sembilan.

##submission.downloads##

Diterbitkan

2018-05-21