Amalan Sains Modern dan Sumbangannya terhadap budaya Sains Asli

Penulis

  • Erman Har

Abstrak

Dapatan kajian menunjukkan bahawa daripada kemahiran berfikir saintifik pelajar, berada  pada tahap tinggi (skor min = 3.86, sisihan piawai = 0.55) dan amalan tabiat minda saintifik pelajar, berada pada tahap tinggi (skor min = 4.24, sisihan piawai = 0.38). Keputusan Ujian ANOVA satu hala menunjukkan bahawa persetujuan pelajar terhadap kewujudan budaya sains moden  berdasarkan lokasi tempat tinggal adalah sama darisegi kemahiran berfikir saintifik dan tabiat minda saintifik mereka di sekolah menengah atas di Sumatera Barat. Sumbangan keseluruhan dua (2) pemboleh ubah yang diamati iaitu kemahiran berfikir saintifik = 3.0 peratus dan tabiat minda saintifik = 0.7 peratus. Secara amnya keseluruhan kedua-dua pemboleh ubah bebas memberi sumbangan secara signifikan terhadap kewujudan budaya sains asli pelajar sekolah menengah atas di Sumatera Barat.

            Tahap amalan lazim sains daripada pelajar secara keseluruhan adalah tinggi, perkara ini disebabkan kerana fasiliti dan kurikulum yang diguna pakai dalam pembelajaran sains adalah sama, guru yang memberikan pelajaran juga mempunyai aras pendidikan yang hampir sama, mereka pada umumnya berasal daripada lepasan ijazah (digree) bidang sains. Perkara ini juga bermakna bahawa fasiliti-fasiliti yang sedia ada dalam pembelajaran sains dalam bandar, luar bandar dan pinggir bandar juga menunjukkan fasiliti yang relatif sama.

            Sumbangan yang diberikan oleh kedua-dua pembolehubah amalan lazim sains pelajar dari segi kemahiran berfikir saintifik terhadap kewujudan budaya sains asli adalah positif. Mana kala pembolehubah tabiat minda saintifik memberikan kesan yang negatif, yang bermakna bahawa apabila tabiat minda saintifik pelajar bertambah akan memberi kesan berupa pengurangan terhadap kewujudan budaya sains asli pelajar.

            Dalam kajian ini pengkaji mengatakan bahawa semakin berkembangnya sains dan teknologi yang secara berterusan diikuti oleh pelajar, akan memberi kesan, pengaruh mahupun sumbangan terhadap pengurangan kewujudan budaya sains asli daripada pelajar dari semasa ke semasa akan ditinggalkan baik dalam kalangan pelajar mahupun dalam kalangan masyarakat luas khususnya di Sumatera Barat.

##submission.downloads##

Diterbitkan

2018-05-21