PEMBENTUKAN INSTRUMEN BUDAYA SAINS ASLI DAN INSTRUMEN PROSES PEMBELAJARAN SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ATAS DI SUMATERA BARAT

Penulis

  • Erman Har

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membentuk instrumen kewujudan budaya sains asli disamping itu instrumen proses pembelajaran sains juga turut dibina sebagai pembolehubah terhadap kewujudan budaya sains asli dalam kalangan pelajar sekolah menengah atas di Sumatera Barat.  Dua fasa pengumpulan data dalam kajian ini di laksanakan. Fasa pertama seramai 342 orang pelajar sekolah menengah atas darjah dua kumpulan sains telah ditentukan sebagai responden secara proposional sampling mengikut zon. Bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen dengan menggunakan indek kebolehpercayaan. Fasa kedua seramai 449 orang pelajar sekolah menengah atas darjah dua kumpulan sains telah ditentukan sebagai responden secara proposional sampling mengikut zon. Bagi menentukan kesahan instrumen dengan menentukan nilai loading factor yang menggunakan kaedah analisis faktor dan kaedah Cronbach Alpha. Dapatan kajian fasa pertama menunjukkan bahawa Nilai Cronbach alpha kewujudan budaya sains asli bagi empat konstruk dengan 26 item antara 0.69 hingga 0.91 dan Nilai Cronbach alpha proses pembelajaran sains bagi tujuh konstruk dengan 70 item antara 0.84 hingga 0.91. Fasa kedua dengan kaedah analisis faktor, andaian faktor diujikan, dapatan menunjukkan bahawa andaian mengenai Sphericity tidak dilanggar (nilai Chi-Square signifikan). Ukuran measure of sampling adequacy (MSA) adalah (0.780), nilai ini menunjukkan bahawa faktor-faktor yang terhasil boleh ditaksir dengan bermakna. Kewujudan budaya sains asli terdiri keatas empat (4) sub konstruk dengan 24 item. Andaian faktor diujikan, dapatan menunjukkan bahawa andaian mengenai Sphericity tidak dilanggar (nilai Chi-Square signifikan). Ukuran (MSA) adalah (0.873), nilai ini menunjukkan bahawa faktor-faktor yang terhasil boleh ditaksir dengan bermakna. Sejumlah empat (4) faktor yang mempunyai nilai eigen sama atau lebih tinggi daripada 1.00 diperolehi. Keempat faktor ini menjelaskan 63.24 peratus daripada jumlah varians yang disebabkan oleh analisis faktor. Proses pembelajaran sains terdiri keatas tujuh (7) sub konstruk dengan 69 item. Seterusnya andaian faktor diujikan dan dapatan menunjukkan bahawa andaian mengenai Sphericity tidak dilanggar (nilai Chi-Square signifikan). Ukuran (MSA) adalah (0.894), nilai ini menunjukkan bahawa faktor-faktor yang terhasil boleh ditaksir dengan bermakna. Muatan item (nilai yang melebihi 0.4) dalam faktor yang terhasil  menunjukkan bahawa terdapat tujuh (7) faktor utama yang bermakna. Nilai Cronbach alpha kewujudan budaya sains asli bagi empat (4) konstruk dengan 26 item antara 0.81 hingga 0.91 dan Nilai Cronbach alpha proses pembelajaran sains bagi tujuh (7) konstruk dengan 65 item antara 0.82 hingga 0.91.

Keywords: Pembentukan instrumen

##submission.downloads##

Diterbitkan

2018-05-21